Search This Blog

Friday, April 16, 2010

BTN course

I have attended BTN course. And I have passed the exam. Why do I need to attend this course? Because goverment is sponsoring me to go to oversea to pursue my "study".

Ramai yg salah anggap dengan kursus ini...(why suddenly i change to malay??..semangat sedang meluap2)...

Jika anda tidak pernah menghadiri kursus ini, jangan hanya pandai menuduh kursus ini yang bukan-bukan.

Kursus ini berjaya membuka mata dan fikiran saya yang selama ini secara sengaja atau tidak sengaja saya tutup daripada kacau bilau politik.

Bukan itu sahaja, banyak penjelasan tentang pembentukan Malaysia serta pelbagai kaum yang terdapat didalamnya diperincikan di kursus tersebut. Jika anda adalah daripada aliran tingkatan 6, maka kursus ini bertindak sebagai ulangkaji buat anda.

Tetapi, bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke tingkatan 6 maka ia adalah pembelajaran satu benda yang amat baru malah amat berguna untuk anak bangsa yang sedang di dalam era yang agak berpecah sekarang ini.

Tidak ada ajaran supaya anda menyokong sesuatu parti di dalam kursus ini!

Berkursus selama 5 hari , di daerah yang jauh terpencil dari dunia luar tanpa hubungan talian hayat sambil telinga setiap hari diasakkan dengan kalimat cintakan negara...memang akan membuat semangat kenegaran seseorang itu membara...

My 4 thumbs up for the facilitators and the organizer....

pst: saya amat jarang memuji orang..maka pujian ini adalah benar bukan sekadar dibuat buat.