Search This Blog

Saturday, August 28, 2010

Jet lag

Kami mengambil masa 6 hari untuk membetulkan biologi clock. Mulanya semua akan bangun pada pukul 4 pagi dalam keadaan yang agak kelaparan..maklumlah di malaysia ketika itu sudah pukul 11 pagi.

Apatah lagi ketika itu pukul 5 pagi keadaan sudah mula agak cerah..
Maka pada pukul 4 pagi itulah juga saya terpaksa masak nasi atau sarapan yang agak heavy. Dalam keadaan yang agak sejuk, menyebabkan anak-anak sudah kelaparan semula pada pukul 8 pagi.

Setelah 6 hari berlalu..keadaan cerah pukul 5 pagi pun kami sudah boleh langgar tidur dengan lena..hehe
Apatah lagi dalam keadaan yang sejuk sekarang ini, tempat yang paling promising adalah di atas katil di bawah duvet..paling sesuai untuk berhibernisasi.

Berpuasa di Oxford

Tiada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja
Tiada azan maghrib berkumandang menanda waktu berbuka puasa
Tiada bazar ramadan
Tiada kuih dan air yang berwarna warni
Tiada ayam golek kegemaran anak-anak
Tiada pembaziran makanan
Tiada kemeriahan bertawarih
Tiada moreh
Tiada mercun yang kedengaran
Tiada kanak-kanak yang putus jari

Disini,
Penentu berpuasa juga mengikut berbagai mazhab
Bersahur sebelum pukul 3 pagi
Berbuka pada 830 malam
Segalanya amat sederhana
Cukup sekadar 1-2 jenis lauk
Segalanya perlu dimasak sendiri
Mencari ayam dan daging halal jauh dipekan
Kurma dan aiskrim sebagai pencuci mulut
Raya nanti entah macam mana pula!!

29.8.10..oxford..610 pagi

Friday, August 20, 2010

Mendarat di heathrow

Wah...tajuknye macam saya pulak sang pilotnya.

Saya sedar blog saya agak dull kerana tiada disertakan apa-apa gambar. Dan buat kesekian kalinya saya terlupa untuk mengambil gambar di Heathrow kerana kamera asyik berada di tangan suami. Selepas ini saya akan lakukan rampasan kuasa! Kamera di handphone pulak tidak boleh di muat turun gambarnya.

Kami selamat mendarat pada pukul 530 pagi waktu tempatan. Keadaan sudah mula agak cerah disini, maklumlah musim summer. 3 beg besar, 1 beg kecik, 3 backpack sebagai handcarry berserta 1 kotak perlu dipunggah turun naik train dan bas kemudiannya termasuk sorang budak 2 tahun yang agak sukar dikawal!!

Dari terminal 4 kami perlu ke terminal 5 dengan menaiki shuttle train untuk mencari bas ke Oxford.Disinilah kami perlu menunjukkan ketangkasan kami untuk memunggah segala beg!

Sampai di terminal 4, sekali lagi kami perlu mencari bas ke Oxford. 20 pound tambang untuk dewasa, 10 pound untuk kanak-kanak. kami telah menghabiskan sebanyak 80 pound untuk tambang bas...(80x5=400 RM!!)phew..satu syarat disini, jangan convert matawangnya...jika tidak segala serbi jadi mahal.

Ahirnya kami tersedar kami telah membayar terlebih 20 pound!!..kerana kanak- kanak dibawah 5 tahun adalah percuma!!..ceh..sekali lagi...20x5=100RM!!!!

Sejam kemudian kami tiba di Thornhill P&R, menunggu keluarga Rozie dan Wan mengambil kami. Kami menaiki 7 seaters MPV, perjalanan 15 minit menuju kerumah denagn harga 12 pound.

Yeah, kami sampai dirumah kami untuk 2 tahun akan datang. "Berpuas hati" dengan keadaan rumah. Rumah 3 bilik dengan harga 950 pound sebulan, lebih kecil dari kondo yang pernah kami sewa di Cheras.

29/8/2010. Oxford. 6 pagi

Thursday, August 5, 2010

Persiapan terakhir

5 Ogos 2010.

Malam ini saya sekeluarga akan berangkat ke UK. Rasanya semua sudah agak beres.

Kereta - keduanya sudah berjaya dijual tanpa keuntungan.

Rumah - juga telah settle.

Maka berkemas sudah saya mulai seminggu yang lepas...sehingga kehari ini masih ada saja yang belum beres..

Satu lagi yang agak penting - bank akaun. Perlu dan penting. Kalau tidak mungkin terpaksa merempat nanti.