Search This Blog

Tuesday, September 28, 2010

September semakin sejuk.

September semakin ke hujung.Maka september juga semakin sejuk. Aduh...adakah ini penanda winter semakin hampir. Baju-baju winter belum ada lagi.

Keluar rumah jemur baju diampaian pun mahu beku tangan dibuatnya. Mulut pun sudah berasap ala-ala naga. Masuk dalam rumah pun sejuk juga. Anak saya yang kecik sekali setiap hari memakai kasut dan stokinnya didalam rumah tanpa mengerti kenapa keadaan menjadi sejuk begini..sedangkan di malaysia beliau tidak pernah memakai kasut didalam rumah.

Pilihan saya untuk datang kesini pada bulan ogos agak tepat, saya rasakan. Bukannya apa, sekurang-kurangnya anak-anak tidak terkejut dengan perubahan cuaca yang mendadak dari panas berpeluh kepada keadaan berbungkus masa winter.
Bulan ogos masih dalam keadaan summer. Tapi walaupun summer suhunya agak tidak menentu, kadangkala boleh jatuh kebawah 10 darjah!

Tetapi budak-budak tetap budak...tidak kira panas atau sejuk tetap mahu kepadang menendang bola.

Hari raya sudah berlalu..

29 September 2010.

Hari raya jatuh pada hari jumaat disini. Maka akan berlansung 2 khutbah pada hari tersebut. Tiada yang istimewa menyambut raya disini. Cuti pun tidak diishtiharkan!Kalau di Malaysia sudah pasti ofis akan kosong selama seminggu dan sambutan raya selama sebulan dengan open haus setiap hujung minggu, menyebabkan perut tak sempat nak kosong. Pasti naya buat sesiapa yang sedang berdietkan.

Dengan keadaan tersebut, saya mengambil cuti saya sendiri. Memasak ala kadar untuk keluarga dan meyambut raya di dalam rumah sendiri sahaja. Haha! Sambil bertanya keadaan rakan-rakan yag lain, kebanyakan menjalankan rutin kerja seperti biasa pada hari jumaat tersebut.

Suami serta dua orang anak sudah keluar rumah dari pagi selepas menjamah makanan untuk memunaikan solat hari raya dipekan dan kemudiannya solat jumaat.

Pada hujung minggu berikutnya ada rakan yang menjemput kami kerumah mereka. Hehe..ada juga ala-ala open haus di malaysia. Disana kami sempat kerkenalan dengan rakan-rakan dari malaysia yang lain yang sedang menjalani latihan PhD mereka.