Search This Blog

Monday, January 2, 2012

Sekolah





3/4 daripada anak2 bersekolah disini aka sekolah rendah. Pastinya bakal meninggalkan banyak kenangan apabila kami pulang nanti. Cuma yg sulong ke sekolah menengah walau hanya berumur 11 tahun ketika kami sampai disini dulu.



Headtecer (berbaju hitam) menunggu dimuka pintu setiap hari tanpa jemu kedatangan murid2 kesekolah.. adeke sekolah kat malaya yg buat camni??  Manakala classtecer pula mengenali kesemua ibu bapa murid2..!!

Disini new term bermula pada September bukan pada awal Januari. Maka januari ni sudah masuk second term disini.

Apabila ada rakan2 yg bertanya apakah aku akan tinggal disini seperti rakan2 lain yg melanggar kontrak ditanahair lantas menetap disini.Tanpa perlu berfikir panjang aku menjawab: NOPE!!
Jika aku datang kesini semasa undergrad dulu..mungkin lain ceritanya..mungkin aku sudah menetap disini..mungkin aku sudah jadi orang sini..mungkin...mungkin...dan berbagai mungkin lagi jika aku datang 20 tahun dulu.
Kini tidak lagi..walau hujan snow ada disini dan hujan lebat di malaya.

Anak2 aku pula sudah pandai meminta aku menyambung visa disini. Visa apa lagi yg nak kucekau!! Sekolah disini best sangat kata mereka. Tak perlu bawak beg seberat 5kilo kesekolah. Masa rehat 2x. Malahan anak bongsu aku yg hampir berumur 4 tahun pun suke kesekolah. 4 tahun sudah boleh masuk kesekolah gomen disini aras foundation. Malahan cuti sekolah pun mau pergi sekolah. Menangislah dia kalau disakat tidak dihantar kesekolah
Cikgu2 serta sistem sekolah disini banyak tarikannya!!

Apakah kita di Malaya tidak mahu belajar sesuatu dari sekolah disini???

Boys..I have done for my time, now its your time!


No comments: