Search This Blog

Wednesday, January 11, 2012

8 bulan yg lalu....

 Kami pergi tempat ni....yg dinantikan oleh budak2 dan jugak mak budak

 Pintu masuk.

 Sepanjang perjalanan sebelum sampai

 Nak masuk summer..depa tanam gandum

 Pukul 10 pagi...sesak

Pukul 5 petang lengang..sebab sume org kat dalam

 Antara game yg menarik..sebab dari budak kecik sampai budak besar boleh bawak kete.
3x queue kami beratur untuk ini saja

 Antara game yg tercabut nyawa.

Nampak macam simple je..tapi macam malaikat maut dah datang.
Yg pasti aku takkan naik lagi.


 Antara karekter yg sempat kami jumpe.

 The princess.

 Peter Pan.

Buzz light year.

 Istana disney..real punye..boleh masuk dalam.

 Kami duduk kat ranch ni...3 malam berkampung.

 Best..kate budak budak yg tak pernah bawak kete lagi.



Selepas 3 hari berkampung kat disney ranch..kami bertolak ke kota Paris ...untuk tengok besi buruk yg jadi perhatian ramai



Monday, January 9, 2012

Monoloque buat emak (1)

Mak..

Tak pernah sehari yang berlalu tanpa aku mengingatimu.

Mak..bile melihat orang tua2 disini..ingatan terhadapmu semakin kuat.

Orang veteran disini walau dah tua dan jalan dengan tongkat tapi masih membeli barangan dapur sendirian  ..kekadang dengan bantuan sosial support sebab depa hidup sendirian dan takde anak2 yg boleh menolong.


Hajat aku tak kesampaian utk membelikan mak scooter seperti diatas utk memudahkan mak kesana kesini  sebab mak dah pergi dulu sebelum aku sempat balik.

Akhirnya perbualan terakhir kite menjadi kenyataan mak!

Tuesday, January 3, 2012

An autumn at Oslo

Autumn yang lepas kami memanjangkan kaki ke Oslo. Sebuah bandar yg mahal kos hidupnya.
Kami naik Ryanair. Pesawat tambang murah.


Sampai tengah malam...menggagau cari hotel sambil jalan kaki menggunakan satnav.
Dah siang baru nampak bandarnya.


Autumn cantik dengan dedaun maple berguguran.


Kedai makan halal berlambak walaupun di city center.
Muslim pun agak ramai jugak.


Patung2 hantu cenggini banyak kami jumpe kat kedai cenderahati. Depa ni puak viking..ni lanun zaman tok nenek depa kot.


Ni opera hause..antara tempat yg kami pergi..boleh panjat naik sampai ke bumbung.


Dari atas dan tepi opera hause ada laut. Matahari sudah mau jatuh pukul 4 petang. 



Depa sudah banyak guna kereta elektrik yg kecik comel camni.


Kete letrik sedang di charge letriknya. Malaya bila lagi??


Kami kesana kemari menggunakan publik transport yg efficient..bas..train..tram  termasuk kaki dan kami sengaja cari terjumpa patung2 bogel disebuah taman yg dijadikan tarikan pelancung.
Gambar2nya terpakse di censored. Kalu nak tengok jugak  kene cari sendiri.

Dalam perjalanan balik dari OSlo center ke airport.






Dimana kami perlu dihidu oleh anjing toll yg gebu hitam sebelum menaiki pesawat.















Monday, January 2, 2012

Overdose..

Back in Malaya..saya bukan penggemar drama2 melayu sgt....asyik asyik meleleh...asyik asyik meleleh....dah tu kalu drama medikalnya pulak sangat tak realistik...tak macam ER ataupun Grey Anatomy.

Bila dah jauh...tercari-cari pulak drama melayu.

Kredit saya kepada dua blog ini yg tak putus putus tanpa jemu mengupload segala macam mak nenek drama..cerekarama..cengkerama...malahan wayang dari malaya:

www.malaymoviefull.blogspot
www.teamsalkom.blogspot

Maka kalau hujung minggu tu....ehem kalau tak hujung minggu pun saya akan mengoverdosekan diri saya dengan segala macam drama..

Lately saya rasekan drama drama arahan Erma Fatima, agak lain dari yang lain dan ada tarikan yg tersendiri walau pelakon2nye banyak yg di recycle.








Drama2 arahan beliau rasanya seperti menikmati cekodok ikan bilis bersama kopi panas sambil menikmati turunnya salji dalam kesejukan yg melampau!!




Tahun ni takde pulak salji yg melampau macam tahun lepas.

Sekolah





3/4 daripada anak2 bersekolah disini aka sekolah rendah. Pastinya bakal meninggalkan banyak kenangan apabila kami pulang nanti. Cuma yg sulong ke sekolah menengah walau hanya berumur 11 tahun ketika kami sampai disini dulu.



Headtecer (berbaju hitam) menunggu dimuka pintu setiap hari tanpa jemu kedatangan murid2 kesekolah.. adeke sekolah kat malaya yg buat camni??  Manakala classtecer pula mengenali kesemua ibu bapa murid2..!!

Disini new term bermula pada September bukan pada awal Januari. Maka januari ni sudah masuk second term disini.

Apabila ada rakan2 yg bertanya apakah aku akan tinggal disini seperti rakan2 lain yg melanggar kontrak ditanahair lantas menetap disini.Tanpa perlu berfikir panjang aku menjawab: NOPE!!
Jika aku datang kesini semasa undergrad dulu..mungkin lain ceritanya..mungkin aku sudah menetap disini..mungkin aku sudah jadi orang sini..mungkin...mungkin...dan berbagai mungkin lagi jika aku datang 20 tahun dulu.
Kini tidak lagi..walau hujan snow ada disini dan hujan lebat di malaya.

Anak2 aku pula sudah pandai meminta aku menyambung visa disini. Visa apa lagi yg nak kucekau!! Sekolah disini best sangat kata mereka. Tak perlu bawak beg seberat 5kilo kesekolah. Masa rehat 2x. Malahan anak bongsu aku yg hampir berumur 4 tahun pun suke kesekolah. 4 tahun sudah boleh masuk kesekolah gomen disini aras foundation. Malahan cuti sekolah pun mau pergi sekolah. Menangislah dia kalau disakat tidak dihantar kesekolah
Cikgu2 serta sistem sekolah disini banyak tarikannya!!

Apakah kita di Malaya tidak mahu belajar sesuatu dari sekolah disini???

Boys..I have done for my time, now its your time!


Saturday, November 5, 2011

Inspiration


Sebelum aku kesini...aku telah berada di dalam comfort zone aku yg tersendiri.

Setelah hampir 2 tahun mengembara di dunia para ilmuan Oxford..aku kembali terpikir..apakah apabila aku kembali esok, bumi eropah ini bisa merubah menjadikan aku seorang yg lebih dinamik?? Atau aku akan kembali ke daerah comfort aku??

Hampir 7 tahun lepas, selepas menamatkan Master Medical, semangat tengah membara mahu melangsaikan pulak FRCPath atau MRCPath ataupun PhD. Tapi kini semangat itu kian pudar walau peluang luas terbentang di depan mata. Betul jugak kata org, kalau nak sambung sambung sambung dan sambung belajar lagi...jangan birkan gap terlalu jauh. Apa yg kucari kini?

My cooking gadgets

I love cooking...but for just a small quantity to serve my family and not in large amount to serve the community!!

And I can never cook the same dishes with similar taste..why?..because I just main campak campak.

These are among my new gadgets.


RRP is £25.00
But I managed to buy it for just £4.00, still brand new in box.
Got it at car boot sale!!
Since it become our family member, kueh serimuka , kaswi, kek coklat and few more kueh has become reality!!

My first ever cooking book.
Second hand book but still look marvelous.
Got it at one of the charity shop.
Just £2.00


Mouth watering recipe.
Easy chessy cheese cake.
Had tried this...licin.