Salah satu dokumen yang perlu saya disediakan untuk mendapatkan visa ke UK adalah surat perjanjian sewa rumah. Segala perhubungan dengan ejen rumah mahupun tuan punya rumah sendiri melalui email. Jika mahukan maklum balas yang segera perlulah pula menggunakan talian telefon..menyebabkan bil telefon sudah naik melebihi sekali ganda.Itu baru pasal bil telefon.
Masuk pula kerenah-kerenah ejen rumah dan tuan rumah sendiri. Segala serbi diselidik..jika anak seorang, kene sewa rumah sekurang-kurangnya mempunyai dua bilik. Bagaimana jika anak sampai 4 orang? Ada ejen yang tidak mahu menyewakan lansung rumah apabila mendengar saya akan membawa 4 orang anak!!!
Dan apabila kita tinggal di dalam komuniti mereka..maka kita pula terpaksalah mengikut syarat-syarat mereka. Anak-anak tidak boleh kedengaran menangis ..berlari..bertengkar...
Jika tidak bersiap sedia sajalah, dimana rumah kita pasti akan diketuk dan amaran akan diberikan. Anak-anak tetap anak-anak..mereka tetap budak-budak!
Apakah mat saleh ini tak pernah melalui hidup sebagai kanak-kanak. Ataupun kehidupan mereka penuh tragis sehingga terpaksa hidup dalam kesenyapan setiap masa.
No comments:
Post a Comment