Di suatu ketika dulu, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malangnya cita-cita itu tidak kesampaian. Saya telah menghadiri temuduga pemilihan di universiti saya untuk pemilihan tersebut.
Buat pertama kalinya saya bercakap berhadapan dengan mat saleh tua dari australia dengan slanganya yang tidak berapa saya fahami..maklumlah pertama kali bertentang mata dengan mat saleh ditambah pula dengan kegugupan dan jantung yang bergerak laju. Sudahlah begitu suaranya juga agak perlahan menyebabkan saya terpaksa bertanya kembali setiap soalan yang ditanya.
Agaknya disebabkan faktor tersebutlah yang membuatkan saya tidak berjaya di dalam pemilihan tersebut.
Dengan kegalalan tersebut, hanya melayakkan saya untuk terus sambung belajar di dalam negeri sahaja. Mungkin ada hikmahnya...dan saya terus mencari hikmah tersebut.
No comments:
Post a Comment