Search This Blog

Friday, August 20, 2010

Mendarat di heathrow

Wah...tajuknye macam saya pulak sang pilotnya.

Saya sedar blog saya agak dull kerana tiada disertakan apa-apa gambar. Dan buat kesekian kalinya saya terlupa untuk mengambil gambar di Heathrow kerana kamera asyik berada di tangan suami. Selepas ini saya akan lakukan rampasan kuasa! Kamera di handphone pulak tidak boleh di muat turun gambarnya.

Kami selamat mendarat pada pukul 530 pagi waktu tempatan. Keadaan sudah mula agak cerah disini, maklumlah musim summer. 3 beg besar, 1 beg kecik, 3 backpack sebagai handcarry berserta 1 kotak perlu dipunggah turun naik train dan bas kemudiannya termasuk sorang budak 2 tahun yang agak sukar dikawal!!

Dari terminal 4 kami perlu ke terminal 5 dengan menaiki shuttle train untuk mencari bas ke Oxford.Disinilah kami perlu menunjukkan ketangkasan kami untuk memunggah segala beg!

Sampai di terminal 4, sekali lagi kami perlu mencari bas ke Oxford. 20 pound tambang untuk dewasa, 10 pound untuk kanak-kanak. kami telah menghabiskan sebanyak 80 pound untuk tambang bas...(80x5=400 RM!!)phew..satu syarat disini, jangan convert matawangnya...jika tidak segala serbi jadi mahal.

Ahirnya kami tersedar kami telah membayar terlebih 20 pound!!..kerana kanak- kanak dibawah 5 tahun adalah percuma!!..ceh..sekali lagi...20x5=100RM!!!!

Sejam kemudian kami tiba di Thornhill P&R, menunggu keluarga Rozie dan Wan mengambil kami. Kami menaiki 7 seaters MPV, perjalanan 15 minit menuju kerumah denagn harga 12 pound.

Yeah, kami sampai dirumah kami untuk 2 tahun akan datang. "Berpuas hati" dengan keadaan rumah. Rumah 3 bilik dengan harga 950 pound sebulan, lebih kecil dari kondo yang pernah kami sewa di Cheras.

29/8/2010. Oxford. 6 pagi

No comments: