Search This Blog

Saturday, November 5, 2011

Inspiration


Sebelum aku kesini...aku telah berada di dalam comfort zone aku yg tersendiri.

Setelah hampir 2 tahun mengembara di dunia para ilmuan Oxford..aku kembali terpikir..apakah apabila aku kembali esok, bumi eropah ini bisa merubah menjadikan aku seorang yg lebih dinamik?? Atau aku akan kembali ke daerah comfort aku??

Hampir 7 tahun lepas, selepas menamatkan Master Medical, semangat tengah membara mahu melangsaikan pulak FRCPath atau MRCPath ataupun PhD. Tapi kini semangat itu kian pudar walau peluang luas terbentang di depan mata. Betul jugak kata org, kalau nak sambung sambung sambung dan sambung belajar lagi...jangan birkan gap terlalu jauh. Apa yg kucari kini?

My cooking gadgets

I love cooking...but for just a small quantity to serve my family and not in large amount to serve the community!!

And I can never cook the same dishes with similar taste..why?..because I just main campak campak.

These are among my new gadgets.


RRP is £25.00
But I managed to buy it for just £4.00, still brand new in box.
Got it at car boot sale!!
Since it become our family member, kueh serimuka , kaswi, kek coklat and few more kueh has become reality!!

My first ever cooking book.
Second hand book but still look marvelous.
Got it at one of the charity shop.
Just £2.00


Mouth watering recipe.
Easy chessy cheese cake.
Had tried this...licin.

Kueh campak-campak

Kueh campak campak= kueh yg tak payah timbang timbang.

Aku cukup suke kalau ade resepi yg sukat2 gune cawan cawan, sudu sudu dan periuk belanga je sebab aku takde penimbang.

Aku bukanlah profesional baker..maafkan rupanye...tapi rasenye wallah!

Nama nye pun dah lupe..kene korek balik resepi tersebut.

Antara kueh campak hasil usaha gigih mengoogle.




Thursday, November 3, 2011

Toll dog

Ketika di airport Norway - semua penumpang perlu dihidu oleh anjing polis tersebut. Part of their procedure. Bayangkan!! Ngeri.

Aku hanya mampu memejamkan mata ketika dihidu oleh anjing hitam bergigi taring lidah terjelir. Jangan lari nanti kene kejar.

Friday, October 14, 2011

Nostalgia

Zaman sekolah aku dulu zaman rock kapak...rock jiwang gitu.

Tapi lagu2 depa sampai sekarang dok main kat radio lagi...evergreen gitu walau rock kapak.

Ni antara lagu kapak yang paling aku suke.

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi

Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa


Monday, October 10, 2011

??

Pudar sudah gundah gulana di hati ana..

Wednesday, September 28, 2011

Desperado

Disebabkan kini aku dah boleh layan radio malaya online..maka tadi aku terikut satu segmen yg ke udara pada pukul 11oopm waktu malaya..

Aku tak sangka rakyat malaya begitu desperado sampai mencari jodoh di radio..mereka yg register diberi nombor VIP sekian sekian beserta description tentang diri sendiri dan juga kriteria pasangan yg di cari....boleh percaya ke?? entah lah...yg pasti hanya mereka tahu niat dihati.

Jangan tersilap jumpa jodoh sudah lah..semoga depa bertemu jodoh yg dicari. Agaknya berapa sukses rate rancangan tersebut ye??


Wednesday, September 21, 2011

Kenal tak?


Kat sini 3 batang = 0.75 pence = RM3.75
5 batang = £1.25 = RM6.25
kat Malaya = free = aku tanam belakang rumah.

Penting untuk masak rendang.

Takde, rendang tak jadi.
Takde, satay tak jadi.

Bila aku tanya anak sulong aku: What is this? His answer: Cabbage. Cissss


Agak-agaknye boleh kaya tak kalau aku jadi tokey lemongrass ni??

Bukan promosi..

Ada orang tak suke dengar radio.

Tapi aku suke dengar radio.

Tapi bukan suke dengar orang yang bercakap tak henti-henti.

Suke hanya sekadar melayan lagu2...esp lagu2 90-an.

Radio kat sini balik balik dengar mat minah saleh membebel..

Last2 aku terjumpa link ni...jom layan.

Wednesday, August 3, 2011

Sepanjang perjalanan itu..



Aku jumpe ini.

Bukan jumpe, sengaja di cari.

Tanpa di edit.

Dari kamera cikai je.













Ada istana lama.

Atas bukit.

Dijaga rapi.

Tapi tak de pulak tempat2 pemujaan yang dijumpai!!

Saturday, July 30, 2011

At my backyard


Fruit heaven at my backyard


Pears

Close up sikit

Apa ni??

Peach...ummpp nice ..juicy and yummy









Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Terkilan



Aku terkilan.

Aku sedih.

Aku sebak.

Bila dengar lagu ni.

Hanya yang paham akan memahami

Wednesday, June 15, 2011

To AI





To AI - Try this one

Tuesday, June 14, 2011

A quote per day

I like quotes.
Indeed, I love to read them.
Sometimes it keeps lingered in my mind years after years after years.


Quotes are like playing and putting beautiful words together and you have to think about the meaning.


Like this one, I came across it more than 15 years ago but it still stuck in my mind.

"WOMAN IS LIKE A TEABAG, YOU DONT KNOW HOW STRONG SHE IS UNTIL YOU PUT IT INTO HOT WATER"


PS: Im not promoting any tea brand

Thursday, June 9, 2011

Beca

Beca ni takde kat melaka.













Yg satu tu macam serupa tapi tak sama.

Cool.

Nak import?

Moral;
Sayangi alam sekitar.

Wednesday, June 8, 2011

Mari belajar Dutch




Siapa tau angkat tangan.

Moral:
Belajar lah pelbagai bahasa...supaya tak terbabas di tengah jalan.

Tuesday, June 7, 2011

Monolog 5

Cikgu...

Jaman sekolah form 1-3..aku sekolah harian. Masuk kelas perdagangan. Dalam kelas aku cuma ada 3 orang je yang sama kulit dengan aku.Yang lain kulit semua lebih cerah dari aku.

Kisah Cikgu Satu
Cikgu satu ni asal masuk kelas, pandang muka 3 orang kami akan berkata: 2 sen tak guna...setiap kali dia masuk kelas....ayat tu takkan dilupakan. Cikgu ni kulit cerah dari aku.Aku cukup sakit hati...sampai sekarang.Aku masih nampak muka dia dengan jelas..suara dia..rupa bentuk dia. Tapi aku tak berani melawan, sebab dia cikgu aku. Tak pernah terpikir nak calar atau pancitkan kerete dia, tak macam bebudak sekarang.

Kisah Cikgu Dua
Jaman dedulu..tuition ni tak glamer macam sekarang. Terhad untuk anak org kaya. Aku belajar sendiri je...baca buku sambil baca Gila-Gila sambil baring atas katil. Rupa-rupanya, mase nak dekat SRP, Cikgu Dua ni buat kelas tambahan untuk yang sama kulit dengan dia aje. Aku 3 orang ni lansung tak tau. Kawan aku yg tak sama kulit ngan aku terbocor rahsia. Ini pun aku sakit hati jugak. Akhirnya result SRP keluar, aku buktikan pada dia ...aku tak pi kelas tambahan dia result lagi cantik dari kawan aku yg pi kelas dia.

Pelajaran moral kita hari ini:
1) Kepada cikgu-cikgu...jangan buat macaam ni...murid lu ingat sampai mati.
2) Bebudak sekarang di luar jangkauan...sanggup buat ape saja. Budak dulu baik-baik.
3) Tak payah la pi tuition untuk semua subjek.
4) Cikgu Satu dan Dua telah berjaya menjadi pendorong aku.
5) Gila-Gila jaman dulu ade kelas...sekarang punya ..hampeh.

Thursday, May 26, 2011

Aduh...aduh sakitnya.

Time is the best healer. Itu kata orang, kini kataku jua.

Kurang lebih 2 minngu lepas tetiba aku sakit belakang. Memula sikit,aku diamkan aje..lepas tu makin sakit...makin sakit...dan semakin sakit. Its so excruciating pain. Rasa sakit macam nak beranak.

Tak boleh jadi ni. Kene mintak second opinion. Aik terus second opinion. Mana first opinionnye. Firt opinionnya dalam kepala aku sendiri le. Worst thing ever! Prolapse disc! MRI ! Operation or conservative treatment! Kalau kat Msia boleh jugak terjah kekawan buat MRI terus tapi kat sini mana ada kawan2 ma!! Semua kene proper channel.

Akirnya buat appoitment jumpa doketo. Jumpe aku tak sampai 1 minit! Jawapannya: OK, keep moving, keep going..u will be better in 2-3 weeks time. If not come again I refer u to physiotherapy. Itu aje. Takde MRI...tak yah operation.

Aku ikut nasihat dia...keep moving...keep going. Kun fa ya kun...sakit aku makin kurang.

Moral:
1. Jgn ikut kepala otak sendiri aje.
2. Second opinion pun penting...3rd...4th..
3. Kalau sakit sikit2 tu , tak yah lah terjerit2 macam org tu yg kat dlm labour room.
4. Jgn lawan cakap doketo.

Wednesday, May 25, 2011

Monoloq (4)

Interbiu..

Aku benci interbiu...ketaq beb. Terpaksa kontrol macho.

Akhirnya, aku di panggil interbiu untuk local u.

Satu soalan yg ditanya membuatkan aku ingat sampai mati. Panel yang bertanya tersebut, aku kenal pasti selepas itu sebagai dekan universiti yang aku mohon.

Dekan: Do u have boyfriend?

Aku: emmm...emmm...yes.

Dekan: Tell me.....

Aku: ...(darah dah penuh menyimbah kat muka....macam udang terbako....aku kelentong tahap gaban punya..

Dekan: Kalau tak de boyfriend..tak payah kelentong la...pi cari boyfriend dulu ye

Adake itu soalan nya???. Aku punya la prepare menghapal nama menteri ke...hape ke...(kan ni soalan bocor utk setiap interbiu...)

Apa apa hal aku dah lepas tahap itu.

Monoloq (3)

Akhirnya aku terjebak ke lembah .. Tiada sesiapa yang memaksa walau tanpa kerelaan sepenuhnya.

Aku klasifikasikan lebih kepada peer pressure.Apa taknya members aku semuanya letak medic as their first choice!!...and i just follow the crowd beb, if u cant beat them, join them!.Jauh tersasar dari cita2 aku mase kecik. Apalah budak 19 tahun pada jaman 90-an tahu sangat tentang masa depan.

Walau jauh di sudut hati ayam aku, aku berminat dengan kompiter-thingy. Ada jugak berhajat nak jadi kompiter hacker! Cita2 tak kesampaian.

Tuesday, May 24, 2011

Monoloq (2)

Cita-cita dolu-dolu...mungkin sampai sekarang.

Wartawan?? skil mengayat hanya setakat meraih SPM gred 1.

Penggunting rambut??.. Yes..aku boleh potong rambut sendiri dari dulu sampai sekarang. Aku gunting rambut members masa kat hostel dulu. Aku gunting rambut abah.Aku gunting rambut emak..(sob sob). Aku gunting rambut maid aku (kes nak jimat).Aku gunting rambut anak2 aku. Tapi sekarang depa dah pandai demand nak gunting kat kedai.Cuma aku belum bukak salon je.

Peniaga?.. Arhgghh...kolot sungguh bunyi nye. Cakap lah businesswomen, baru ada kelas sikit bunyi nye.Orang kata kalau nak berniaga kene berkawan dengan orang yang dah berniaga. Maka, dulu-dulu aku pernah mintak kerja kat kedai-kedai runcit, tapi tak pernah berjaya. Angan-angan aku tak melangit tinggi. Aku hanya inginkan sebuah kedai runcit. Dari sebuah kepada 2 buah, kemudian 3 buah sampailah aku boleh membuka rangkaian supermarket aku sendiri. Amboi, kata tak melangit. Cuma sebuah kedai pun aku tak de lagi.

Monoloq (1)

Dulu – dulu...

Aku masih ingat lagi. Bersekolah rendah jaman 70-an.

Kad profil budak2 ditulis dalam kad 001.

Ada 6 ruang utk budak2 tulis cita2 masing2.

Aku hanya ingat 3 cita2 yg aku tulis.

1) Wartawan
2) Penggunting rambut
3) Peniaga

Kalau budak lelaki, sah2 letak askar, polis dan tentera!Almaklum lah duduk pun dalam kawasan polis.

Agak2 korang, aku jadi yg mana satu?

Saturday, April 30, 2011

Merapu hari sabtu..



Aku tak suke ni. Alasan: Susah nak lari kalau kene kejar dek anjing. Budak sulong dah 3x kene kejar anjing...nasib dia sprinter.



Yang ni pun aku kurang gemar. Alasan: Senang tertinggal kat mane2 sebab tak melekat kat badan.





Bende ni lagi aku tak suke. Pernah gune 2x je kot...sebab terpakse.Buat ape nak conteng2 muke. Rimas!.

Salah ke kalau pompuan tak suke bende2 tu..jimat duit ape.

Apa...bukan pompuan sejati ke...aku dah beranak-beranak-beranak- dan - beranak tau.

Ada pompuan yg sangat suke bende2 tu...tapi tak beranak2 pun.

So mana satu yg dinamakan pompuan?

Hati Malaya




Ni satu lagi movie sejarah.

Aku tengok mase kursus BTN setahun, filem yg digunakan sebagai bahan pengajaran.

Ia juga pernah ditayangkan di tv.

Filem yg menelan belanja jutaan ringgit tapi gagal meraih keuntungan walaupun dilakonkan oleh pelakon2 hebat Malaya.

Komen aku: Sejarah Malaya yg ni complicated sikit. Sejarah yg ni hanya diajar semase form 6. So sapa yg tak pi form 6 macam aku, buta sejarah. Tapi aku rase kita perlu tahu sejarah Malaya!! Sesiapa yg tak tahu pasal sejarah Malaya, tengoklah cerita ini...masih terdapat di internet.

Gambar: Google

Friday, April 29, 2011

Natrah...Nadra...





Ramai sudah kenal sama Natrah..yang menjadi rebutan Malaya-Belanda...

Tapi aku baru "kenal" sama Natrah malam tadi .

Aku download movie tersebut dan nonton bersama budak kenit.

Belum habis episode 1 budak kenit sudah tidor...tinggal emak gedang tengok sorang.

Baru paham. Betul kata orang...picture speaks million than word...orang kata bukan aku kate.

Kat sini tenet laju...satu hari boleh download puluh-puluh movie.

Kalau kat Malaya...satu malam belum tentu dapat satu movie.

Tapi cerita2 begini susah nak tarik minat muda mudi kita...termasuk budak-budak-budak dan budak aku sendiri.

Komen aku: Sejarah lebih mudah paham dan ingat dengan filem ini.

Thursday, April 28, 2011

Merah tanda garang...

Kata orang merah itu garang...bukan kata aku



Bila agaknya dapat bawak yg macam ini????

Alpukat...

Dari ini....




Terhasil ini:




Tak perlu ke wong solo..

Alpukat nama di indon
Avokado nama di Msia
Avocat nama di paris

Apa-apa ... sodap!!




Monday, January 24, 2011

Patut ke....

2 situasi yang sama ditempat yang berlainan!!

Patutke tuan rumah mengenakan caj keatas penyewa jika terlewat bayar sewa?
Jika di Malaysia, jawapannya sudah pasti tidak patut.
Tetapi di UK semuanya PATUT!!..menyebabkan rasa amat merasakan ia sesuatu yang tidak PATUT!! ...perasaan amat tidak puas hati keatas tuan rumah sangat lah bersarang didalam diri. Tuan rumah dok keluarkan duit berlebihan sampai bank kenekan caj akibat takdak duit dlm bank...sedap sedap kita pulak yang dok kene membayarnye.!!!


CIS!!!

Monday, January 17, 2011

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Copyright © 2002,2003 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)

Pemalasnya.....

Eeeiiiii...memang betullah..dah bersawang! Pemalasnya tuan rumah ni. Dulu konon hajat di hati mahu menulis setiap hari..tapi tengoklah apa dah jadi. Sebulan pun tak satu artikel keluar. Hehe..apatah lagi kalau terpaksa menulis manuskrip untuk diterbitkan di halaman jurnal-jurnal medikal.

Jadi..bolehlah berazam ditahun baru ni untuk lebih rajin menulis....walau untuk tatapan sendiri.